Monday, December 22, 2008

Hari Keluarga Hj Zakaria 2008

Alhamdulillah.....majlis sambutan Hari Keluarga berlalu dengan meriah sekali pada 8 Dec 2008 bertempat di Dewan KEDA Relau. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka dan cabutan bertuah. Objektif utama majlis ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Disamping itu dapat mengenali ahli-ahli keluarga Haji Zakaria yang baru. Diharap majlis ini dapat dijalankan di tahun akan datang. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Keluarga Hj Zakaria . Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjadikan majlis ini satu kenyataan .



Majlis dimulakan dgn bacaan suci Al-Quran secara hafazan oleh Adik Mohd Amir Wan Razak .




Hj Abd Rahman (Pak Jang Man) diminta untuk menyampaikan ucapan selamat datang dan nasihat .




Disaat untuk mengambil gambar beramai-ramai.




"Biar dia orang susun bangku dulu , kita tangkap gambar sendiri dulu ye Mak su"


Sebahagian ahli keluarga Hj Zakaria



Hadirin sedang tekun mengikuti video presentation . Terimakasih buat Abang Cik & Roslina yang bertungkuslumus dalam penyedian vcd & slide presentation . Syabasss .




SUKANEKA Keluarga




Terimakasih kepada semua yang menyumbangkan tenaga , masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis bersama kita ini . Haji Zol , Maliah , Encah , Makcik Di , Makcik Dah dan lain lain , terima kasih daun keladi .